#SajianDariDapurPuteri
Mari memasak dengan kasih sayang. Xx
Wednesday, November 4, 2015
Homemade Fried Chicken ala KFC
FRIED CHICKEN ALA KFC
5 ketul ayam
Tepung Ayam Goreng
1 biji telur putih
MInyak secukupnya untuk menggoreng
Cara:
Celup ayam kedalam telur putih dan kemudian, celup ke dalam tepung goreng.
Goreng sehingga masak.
COLESLAW
Potong halus white cabbage dan carrot (saya gunakan Turbo Chopper)
Masukkan 3 sudu mayonis
1/2 cawan susu segar
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Gaul rata. Sejukkan selama 3 jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
MASHED POTATO
Rebus 5 biji ubi kentang.
Apabila kentang sudah empuk, toskan keluar.
Masukkan ubi kentang, butter, serbuk lada hitam, garam dan susu segar.
Lenyek sehingga sebati.
Kuah/Gravvy.
Panaskan minyak sayur.
Masukkan 2 sudu tepung gandum.
Kacau hingga sebati.
Masukkan stok ayam, sos tiram.
Kacau hingga keperangan.
Siap.
**hasil dalam gambar tu tanpa sos tiram, sebab tu warna pucat.
Monday, November 2, 2015
Creamy Chicken & Mushroom Soup Ala Chili's
Gambar Google : Chili's Creamy Chicken & Mushroom Soup |
Bahan-bahan:
250 gram isi ayam (bahagian dada)
200 gram cendawan (jenis shitake)
1 biji ubi kentang - dipotong dadu mengikut citarasa
1/2 batang carrot - dipotong dadu mengikut citarasa
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 bawang besar - dipotong halus
1 ketul kiub ayam Knorr
Susu Dutch Lady Low-Fat
Garam - secukup rasa
Serbuk lada hitam - secukup rasa
Bahan untuk direbus:
250 gram isi ayam (bahagian dada)
200 gram cendawan (jenis shitake)
1 biji ubi kentang - dipotong dadu mengikut citarasa
1/2 batang carrot - dipotong dadu mengikut citarasa
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 bawang besar - dipotong halus
1 ketul kiub ayam Knorr
4 sudu tepung jagung
Garam - secukup rasa
Serbuk lada hitam - secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Rebus sehingga bahan di atas masak.
2. Apabila sudah masak, ambil 2/4 daripada bahan-bahan yang telah direbus tadi, kisar dengan menggunakan 3 cawan susu dutch lady low-fat.
3. Kemudian, ambil 1/4 cendawan & isi ayam (yang telah direbus tadi) potong dadu dan halus, masukkan ke dalam rebusan tadi bersama-sama dengan susu.
4. Apabila nampak kesemuanya telah masak, bancuh 4 sudu tepung jagung dan gaul sehingga larut. Campurkan ke dalam rebusan yang sama. Masak sehingga pekat dan siap.
Apabila siap, inilah hasilnya.
Makan bersama roti pun sedap ;)
Sunday, July 10, 2011
Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin
(entri ini juga dipaparkan di The Story of PUTERISM)
Sudah lama dapur di rumah tidak berasap secara proper. Hari ini, sebab terlanjur sudah membeli belah di Pasar Borong Selangor, saat saya terpandang sahaja udang-udang segar, terus terlintas di kepala saya Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin. Ok, saat itu juga saya kecur air liur dibuatnya sebab terbayangkan rasa masak lemak, masin-masam nenas itu sungguh melazatkan.
Udang-udang segarlah membuatkan saya terliur dan terus rembat sekilo udang ni. Kat Pasar Borong Selangor, sekilo harganya RM19.00. Kemudian, saya beli juga ikan tenggiri masin dalam botol serta yang paling penting buah nenas. Kalau saya beli nenas yang sama di Carefour, Alamanda harga nenas ini melonjak ke harga RM2.60 sebiji.
Hari ini, mahu berkongsi resepi yang paling mudah dan campak-campak versi saya. Resepi ini sebenarnya kali pertama saya lihat di TV bulan lalu sewaktu saya bersahur di waktu dinihari yang mana rancangan di TV2 memaparkan masakan Baba dan Nyonya. Sewaktu menontonnya sepintas lalu, saya tidak merasa apa-apa tapi bila waktu tengahari di pejabat, kecur mulut menggambarkan keenakannya. Mulalah saya mencongak-congak bagaimana ingin memasaknya.
Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin
(sajian untul 3-4 orang)
Bahan-bahannya:
- setengah ekor udang (15-20 ekor)
- 2-3 ulas bawang merah
- seulas bawang besar
- 15 biji cili hijau
- sebiji nenas
- sekotak santan segera
- 6 hiris ikan tenggiri dalam minyak (chunk oil)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai
Cara-caranya:
Cili padi, bawang besar dan bawang merah - kisar bahan-bahan ini dengan 2 cawan air di dalam blender. Apabila diyakini semuanya telah dikisar halus, masukkan ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan hirisan nenas yang telah dipotong 3 segi bersama dengan serai. Biarkan seketika sehingga nenas empuk, kemudian masukkan gula dan garam diikuti dengan 4 hirisan ikan tenggiri yang dipotong kecil.
Ikan tenggiri masin dalam botol
Biarkan seketika sehingga mendidih.
Masukkan sekotak kecil santan. Apabila nampak mendidih, campur 1 sudu teh serbuk kunyit.
Biarkan seketika.
Masukkan udang yang telah dibersihkan. Biarkan sehingga udang empuk dan masak.Biarkan seketika.
Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)