Sunday, January 8, 2012

Spaghetti Carbonara

Ini adalah version syok sendiri.

Bangun pagi Ahad, perkara pertama nak fikir - nak masak apa. 

Pegi ke dapur, tengok apa yang ada dalam friedge, terus rasa nak buat Spaghetti Carbonara. Percubaan pertama hari tu adalah gagal. So, kita cuba buat kali kedua pulak. Kali ni banyak bahan-bahan takde, tapi nak tibai jugak buat. Kiranya Spaghetti Carbonara version sendiri.

Bahan-bahan
Isi ayam - ikut suka nak banyak mana
Cendawan - ikut suka nak banyak mana
Sosej - potong bulat-bulat (kalau xde pun takpe)
2 sudu serbuk Pepper 
Tepung jagung/gandum - dikacau sehingga larut dengan sedikit air.
Susu rendah lemak - 1 kotak 700ml
5 keping Keju (slices cheese pun ok) - saya guna Chessdale.
Bawang putih - 1/2 labu
Bawang besar - 1 biji
Butter - 2 sudu besar

Caranya
1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan menggunakan butter
2. Apabila dah naik bau, masukkan isi ayam, kemudian diikuti dengan cendawan dan sosej.
3. Masukkan pepper.
4. Masukkan tepung jagung kemudian diikuti dengan susu dan kacau sehingga sebati.
5. Bila dah mendidih, masukkan keju.

Siap untuk dimakan :-)

 
Till then, take care.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen/cadangan/pertanyaan anda :)